ISNIN hingga AHAD , Apakah Warnanya?

salam .
today ifa nk kongi sedikit tentang warna baju mengikut hari .
nk ketahui lebih lnjut ?
jom jom ..

" Alamak ! banyak sgt baju. pening nk pilih yang mana satu .
apa yg boleh saya kenakan hari ni ya .".
Apa kata korang kurangkan kekeliruan itu dengan memakai pakaian mengikut warna ?
Tahukah korang, setiap hari mempunyai warna yg serasi dengannya ?

...:::ISNIN:::...PUTIH:::...

isnin ialah hari terbaik utk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana kita lebih cenderung utk menyelesaikannya dngan cara yg lebih kreatif dan brkesan . Memakai warna PUTIH akan mewujudkan eleman suci dlm penampilan seseorng dan membuatkannya lebih bersemangat utk memulakan hari baru selepas bercuti pada hujung minggu. Dengan memakai warna putih , org sekeliling korang juga akan berasa selesa dngan korang.

...:::SELASA:::...MERAH JAMBU ATAU UNGU:::...

hari ni ialah hari yg paling sesuai utk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. ini juga adalah hari yg sesuai utk mengembara destinasi yg jauh kerana sebarang kesukaran yg wujud ketika berjalan(tersesat atau keletihan) dpt diatasi dngan lebih brkesan. warna merah jambu atau ungu dapat mewujudkan kuasa memujuk dlm diri si pemakai.

...:::RABU:::...BIRU:::...

hari ini adalah hari yg paling sesuai utk berucap, berkata-kata, berhujah dan sebagainya lgi . perbincangan yg dilakukan pada hari Rabu dan sekiranya anda memakai rona biru , kata putus lebih mudah diperolehi dan tenaga positif yg wujud akan melancarkan setiap perkara yg dibincangkan .

...:::KHAMIS:::...KUNING ATAU OREN:::...

warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah wrna kesuburan , hormon dan sistem reproduksi. lebih menarik mengenakan warna ini akan membuat si pemakai tampak ceria dan sentiasa bertenaga walaupun anda bergerak aktif setiap hari .

...:::JUMAAT:::...HIJAU:::...

hari jumaat ialah hari yg sesuai utk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di tmn2 bunga. senaman pernafasan yg dijalankan pada hri jumaat akan memberi kesan menakjubkan pada hari nin berbanding hari-hari lain. memakai warna hijau akan memberi ketenangan berganda buat korang.

...:::SABTU:::...MERAH:::...

hari sabtu ialah hari yg paling sesuai utk keluar bersosial , jumpa kwn2 dan saudara mara disamping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan dan menjalankan aktiviti lasak . tidak mudah letih , cubalah !

...:::AHAD:::...HITAM:::...

ahad ialah hari yg sesuai utk beristirehat. sebaik-biknya bercutilah pada hri ni . tpi yg skolah tu skolah la .. ok ..
mengenakan pakaian berwarna hitam dan berehat akan mewujudkan ketenangan dlm diri . korang akan berasa lebih selesa dan tidak terganggu. jika korang mahu beriadah di luar dan khuatir akan panas apabila mengenakan warna hitam , pilihlah utk memakai aksesori atau apa saja yg berwarna hitam. ia tetap memberi impak walaupun tidak banyak ..


cuba lhaa :)


No comments: