[ TIPSHIT ] DAPATKAN FULL COVERAGE HP

Assalamualaikum and Hello .

Biarpun handphone korang secanggih Samsung Galaxy S II , mahupun iPhone 4G, apabila berada dikawasan " larangan " seperti basement parking or mana-mana tempat terlarang confirm coverage hp akan makin kurang dan terus hilang.

Jadi, di sini saya ada sedikit tips untuk mengelakkan benda macam tu daripada berlaku. Korang guna apa erk ? Maxis? Celcom? DiGi? Umobile? Tak  perlu risau. Tips ini berkesan untuk semua line!
Tetapi..

Pastikan korang ada wang kertas RM 2! Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk ‘boost up’ coverage hp korang.
Pening? Percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!

Caranya:

Langkah 1 : Off atau matikan hp.
Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp.
Langkah 3 : On atau hidupkan semula hp. Periksa bar pada hp. Semasa hp on, pastikan kod
‘ID. 10T’ tertera pada skrin hp.
Sekiranya kod ‘ID. 10T’ tertera di skrin, hp kamurang tidak akan mengalami masalah coverage lagi!
*Sila ambil perhatian;
Sekiranya kod ‘ID.10T’ tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.




Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.
Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod ‘ID.10T’ tidak muncul di skrin hp korang.
Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi sendiri sebanyak 10 kali.
Mungkin kod ‘ID.10T’ dah bertukar menjadi ‘IDIOT’ ! 

Ahaha ... Terkena ? jangan salah kan saya ^^ hanya nak shared . 
Wassalam and Happy BLogging  


No comments: