What is your Ambition ?

Assalamualaikum and Salam Sejahtera .


Apa khabar awak semua? Maaf kerana saya sangat malas nak mengupdate apa-apa tajuk pada hari ini. Awak nak kata saya pemalas ye? kata la! sebab saya senang dengan hidup saya sekarang ini.

Baiklah, saya dah malas nak cakap banyak jadi hari ini saya nak meneruskan challenge saya ni. Ia bertajuk What is My Ambition?. Cita-cita saya yer ?

Mari-mari saya nak beri tahu awak semua. Masa saya darjah tiga dulu, saya sangat berminat untuk menjadi Cikgu, tetapi apa boleh buat, impian saya itu tidak lama. Kemudian saya bertukar cita-cita saya untuk menjadi seorang Arkitek.

Kerana saya sangat suka melukis plan-plan rumah, dan cikgu saya pon ada cakap dekat saya bahawa Saya memang boleh menjadi Arkitek. Tetapi, ayah saya tidak mengizinkan saya untuk menjadi seorang Arkitek. Kata ayah saya kerja Arkitek tu akan membuatkan saya tiada masa untuk hidup senang lenang.

Jadi saya pon bertukarlah cita-cita untuk menjadi Engineer. Tetapi malangnya ayah saya tetap tidak mengizinkan saya. Ayah saya cuma cakap saya harus memilih di antara Cikgu dan Doktor. Kemudian selepas seminggu result exam akhir tahun pon keluar. Bila ayah saya tengok result tu, ayah saya dah nak marah , muka naik merah dan tunggu masa sahaja nak buat panahan petir dekat saya.

Tetapi , lain yang terjadi. Ayah saya gembira dengan result saya. Alhamdulillah , sebab saya tidak lihat pon result tu. takut nanti kena sembur pula. 
Dan ayah saya kata, saya boleh jadi apa sahaja yang saya mahu jika keputusan saya cemerlang.
Betapa gembiranya Alifah Zahirah apabila mendengar itu.

Dan sehingga sekarang saya tiada Cita-cita. boleh kasi pendapat pekerjaan apa yang sesuai ye?
Apa-apa pon , saya bersyukur sebab tahun depan saya dah nak exam! huh? apakah?

Itu sahaja , mudah-mudahan saya dapat result yang paling terbaik :) Amin.
Panjang ke cerita saya? Maafla. Dan kepada musuh ketat saya : Awak kata awak berani jadi mari kita BERSEMUKA : Terasa ke?

Wassalamualaikum and Happy Blogging

No comments: