Percutian yang sangat Menyeronokkan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.


 MAAF POST KALI INI SANGAT PANJANG MACAM JAMBATAN PALAU PINANG

Hai awak , Hari ini baru saya dapat mengupdate post di belog ni. Maklumlah saya pergi bercuti jadi tiada masa nak membelek blog dan facebook ni. Nak tahu saya pergi mana?
Saya dan keluarga pergi.... LANGKAWI ISLAND

KLIK SINI :)

Hehe seronok tahap tak boleh nak kata apa dah la. *excited* Mana tidaknya , saya memang dah lama nak pergi Langkawi tapi as well as I know abah busy kerja manjang. Ingat senang ke nak dapat cuti?
Saya cita.

Selepas solat Subuh , Mak saya ade bawa keluar luggage tau, so saya pon buat tak hairan je la. Then
Mak saya kata : Ifa pergi kemas baju sekarang : saya pon fikir : nak kemana pulak la hari ni? :
Then mak saya kata : Tak nak pergi rumah abang ke? :

Saya pon okey je lah. Saya tanya mak saya berapa hari kita nak pergi? Mak saya kata 3 hari je pon.
Okey la saya pon ikut lah jugak. kemas barang semua then kitorang pon singgah rumah abang.
Then saya saja tanya abang saya : mana tempat nak tidor abang oii :

Then abang saya kata : Ko ni mabuk erk? kan Mak dah kata nak pergi Langkawi? : haha , saya pon
apalagi excited sampai tak lalu nak makan. HAHA! Then kitorang pon bertolak dari Alor Star ke Perlis sebab kitorang tak naik dekat Kuala Kedah. Mak saya takut naik boat KECIK...

So bila sampai dekat jeti Kuala Perlis tu , Abah saya drop kan kitorang dekat situ sebab Abah saya nak pergi cari parking kereta. Saya dan Kakak pon pergi la beli tiket Lada Tiga . Lepas semua naik ferry,
Saya orang pertama yang chopp tempat tepi tingkap!

Sebab boleh tengok laut yang Allah cipta tu. Bukan senang nak tengok laut! haha. Okey then 45 minit pon sampai la Langkawi. Abah saya pon sewa la kereta dekat situ. Warna merah, Plat KV 1336 C.
jenis kereta tak tau la . tak sempat usha.

Then kitorang pon pergi la cari motel *je yang kawan Abah saya dah Booking. Melati Tanjung Motel nama dia. Tapi bilik dia besar sangat. Siap boleh lari-lari lagi. Pastu tempat kitorang dekat depan pantai je pon.

So bila dah duduk depan pantai , biasa la Mat Salleh dan Minah Salleh pon berjemur la disitu bersama pakaian mereka*faham2 je la* Haha! Anak sedara saya kata : Maksu MALU LA POMPUAN TU NAMPAK PUSAT :

Haha tergelak saya sampai rasa nak muntah. Kanak-kanak kecil tahu apa mereka kan ? dan selepas tu saya dan keluarga pon keluar jalan-jalan la sambil cari makanan untuk di makan. Macam tu lah hari seterusnya.

kitorang tengok kapal terbang buat latihan sempena LIMA LANGKAWI ni . Tabit la wa dekat Pilot Kapal Terbang tu.. dah la Handsome! HAHA*merapu sudah* 

Haha , maaf lah panjang macam jambatan Pulau Pinang. Apa-apa pon cuti ni sangat menyeronokkan.
*saya dapat snap gambar dengan MAT SALLEH* Hensem nak pengsan. haha .
bila bila saya upload gambr okey ?


Wassalam dan Jumpa lagi :)

No comments: