Segmen Cerita 2011 by Yanie Andierah

Assalamualaikum dan Hai




*klik banner untuk join. 

Aku pilih cerita sedih . Sebab dah selalu gembira jadi nak sedih pulak . boleh kan ? Jadi mari baca cerita aku.
memang tak menarik tapi sekurang-kurang baca la juga walaupun sikit. Boleh kan ?

Tahun lepas , masa 2011 ... aku baru masuk form 2 . Biasa la mula-mula masuk memang gabai jugakkan sebab masa tu sesi pagi . Jadi kakak-2 dan abang-2 tu dok usha aku peliks semacam. Aku pon buat tak hairan la sebab memang aku tak kenal. Aku tunggu best friend aku dekat pondok sekolah .

Tunggu punya tunggu , dia pon datang. Then , dia ada boyfriend . BF dia tu sesi pagi merangkap form 3 sekolah kiteorang. Senior aku la tu. Tetiba pulak mamat ni menyelet kot mana entah mai-mai ajak kawan aku pi dataran bakti sekolah a.k.a tapak perhimpunan.

Serius bengang gila la.. sebab aku nak ajak kawan aku pi tempat lain. Hantu betul mamat tu. Tapi tak pe aku sabar je. Boleh pulak dia halau aku dari tempat tu ? grr.. tension aku. yang buat aku sedih sikit.. baru sikit , best friend sendiri pon halau aku. Tak ke sedih tu..

Okey fine , aku pergi dari situ. Aku pi kantin makan lagi bagus. then masa dekat tapak perhimpunan.. dia tak cakap pon dengan aku. Dia sombong dengan aku . Buat macam tak nampak aku je. Sedih la kawan sendiri buat macam tu.

Then naik kelas.. dia tinggalkan aku sorang-sorang. Dia duduk blakang. Sembang dengan kawan-kawan sejiwa dia. Dia sosial sikit . jadi mana lah nak layan aku. Okey aku terima .. hati ni memang sedih la.
sunyi je tepi aku. Tapi nak buat macam mana.

then kiteorang tak kawan sampai bulan 2 . Lama kot kan ? memang tak cakap. rasa berdosa pon ada masa tu sebab 3 hari je limit bukan ? masa rehat dia rehat dengan bf dia , dalam kelas sembang dengan friend-2 dia.
sibok dgn kakak and abg angkat dia. Sampai aku call pon dia tak jawab.

Sedih sangat. Aku bagi tau dekat kawan aku lagi sorang. So other friends aku pon cakap jangan kawan dengan dia. Tapi .... aku rasa macam tak boleh. Sebab dari kecik kitorang kenal. Memang tak sanggup masa tu. Cikgu pon suruh aku jauh dengan dia. dan akhirnya aku buat keputusan yang aku nak unfriend dengan dia untuk selama-lamanya.

Berat sangat nak tinggalkan dia . Tapi nak buat macam mana lagi... maybe kiteorang kawan sampai sini saja.
Dan sekarang dia dah tiada. dia dah hidup di alam lain. Tak sempat nak cakap dan minta maaf dekat dia. Kali terakhir aku nak jumpa dia ... 8 bulan yang berlalu. Ya Allah..

Semoga dia tenang ketika di alam sana. Al Fatihah..
Amin..

Wassalamualaikum dan bai!

2 comments:

Freakless Girl said...

OMG , sedihnyaaa ceritaa . Kita pernah alami perkara yg sama macam awak. Hmmm chill friend , dia selalu tgk awak dari atas sana :)

Alifah Zahirah said...

hmm.. tu la . hope jugak dia tengok saya dekat sini.