Happy Birthday Father | Super Spontan


Assalamualaikum...


Hai everyone. Tengok blog saya , sudah berubah. Saja nak bertemakan putih pulak. Mana taknyer dulukan warna pink je. Tapi still juga gunakan pink dan beberapa warna yang sesuai dengan blog ini lah. Cantik tak ? bagi saya sudah cukup cantik . Kalau kamu tak suka , boleh pergi dari sini.


Ouh ya, hari ini birthday Abah aku yang tercinta.. HAPPY BIRTHDAY ABAH.. yang ke....... haha rahsia . Bukan tak nak kasi tahu tapi BIARLAH RAHSIA. Sempena Ulang Tahun Abah ku yang ke EHEM EHEM ini , semua family ku balik rumah aku ni. HAHA seronok doe!. Kakak aku yang pertama , dari KL balik Kedah. Abang aku pun balik juga.

Boleh dikatakan hari ini semua orang balik. :D Rumah aku akan riuh rendah lah dengan adanya anak saudara aku. Habis lah aku . Siap sedia untuk di buli. Apa-apa pon happy yang tak terhingga sebab Allah telah memberikan Abah hidup lama didunia ini. Terima Kasih Allah. Semoga Engkau panjangkan Umur diri ku dan Keluargaku. Amin..

**********************************************************************************



Cukup cerita soal tu. Semalam aku tengok cerita SUPER SPONTAN. Haha . Lawak yang membuatkan aku tak henti-henti gelak ni. Korang tengok tak ? Tak ? rugi lah. sebab SS ini memang super lah. Dalam SS ni ada dua kumpulan iaitu ANGSA GANAS dan BERUANG COMEL.

Cer teka aku pilih kumpulan mana ? Haha RAHSIA LAH.. Tak lah.. aku pilih dua-dua . sebab kedua-dua kumpulan ini masing-masing ada potensi masing-masing. Tapi yang tak bestnyer asal diorang letak Zizan dan Johan lain group ? Serius tak suka. Tapi apa-apa pon ... JOZAN FOREVER.

Semalam ANGSA GANAS kalah !! HAHA.. Tahniah untuk BERUANG COMEL. sapa lah agaknya peserta Angsa Ganas yang terkeluar yer ? JANGAN ZIZAN!! . Apa-apa pon aku nak out sebab nak buat kerja yang lagi penting.


So... bye.
Wassalamualaikum.

No comments: