Pakej 3 hari 2 malam (part 1)


sumber : google :) 


Assalamualaikum...

Hai awak yang berada di depan pc tu . Apa khabar sihat ? okey hari ni Ifa nak cerita sikit pasal holiday dengan family Ifa hari tu. Sebelum tu , entry ni memang panjang kalah jambatan Pulau Pinang. K , just joking. So enjoy ~

Holiday pakej 3 hari 2 malam , memang best kau ! mula-mulanya , Abah Ifa kata kami satu family nak pergi ke Melaka. Memang happy la sebab Ifa dah lama tak pergi Melaka *sedih* so , Ifa pon setuju la bila Abah Ifa kata nak pergi Melaka. Then petang 27 November tu Abah dan Mama Ifa pergi bank ke ? entah la tu .

Ifa ni orang yang memang excited sikit , jadi bila dah dengar nak pergi Melaka tu memang cepat-cepat la Ifa kemaskan baju. Bayangkan Ifa siap buat list nak bawa baju berapa pasang. *haha**muka excited* lepas je habis semua baju packing , Mama dan Abah Ifa bagi tau yang esok (28 Disember) pergi Melaka. Memandangkan Ifa sorang je yang dah siap packing barang so ape lagi relax habissss...

Then malam tu Ifa tak dapat tidur. Pukul 2 baru dapat tidur. pastu bangun awal nak solat , nak mandi , nak bersiap , nak makan pastu pergi jalan. Abah Ifa memang seorang yang sharp time tau , kalau dia kata bertolak 6.30 pagi , waktu tu jugak la bertolak. Tapi Ifa memang suka lambatkan masa sikit. so kiteorang bertolak from Kedah to Melaka pada jam 7.00 pagi.

Ifa pergi dengan Mama , Abah , *Anuar , Arif , Durratun*-diorang ni anak saudara Ifa. Kiranya ada 6 orang la semua sekali. Abang Ipar Ifa jaga rumah. Dalam perjalanan pulak memang kecoh dalam kereta tu , biasa la bawak budak-budak *kata orang kita pon sama* Memang pening la , mana taknya dalam kereta tu penuh dengan bantal , baju sejuk , makanan . sempit siot! haish , tpi takpe berjalan punya pasal Ifa SANGGUP. ceh!

Masa dah sampai Rawang , tetiba pulak kakak Ifa dengan UPSI call , katanya tayar kereta dia PECAH , HANCUR , rim BENGKOK. Dalam hati masa tu kata *Ganasnya perempuan ini bawak kereta* pada hal rim bengkok sikit je pon. Tayar takde masalah langsung. Then Abah Ifa memang dah marah la , tapi still boleh keep calm lagi. So bayangkan patah balik dah 90 kilometer campur dua-dua tu. haish! Sempat jugak la kakak Ifa kena tazkirah dengan Abah Ifa. haha *padan muka* huish tak baik. Astagfirullahalazim...

*********************************************************************************

Then sampailah dekat Melaka pada petang harinya. The first check point kitorang is cari hotel yang betul-betul dekat tengah bandaraya tu. Pastu dapat hotel "SERI COSTA". Best gile hotel tu besar , sejuk , cantik. memang tak rugi la. Ade duit jalan.......












bersambung ke part 2 nanti..... to be continued !
bye!
Assalamualaikum...


Gambar akan di post dekat part 2 nanti..



PEACE xD

No comments: