Luahan hati


Quote: Sometimes This Happens | via Tumblr

Hai , Assalamualaikum.

Firstly harini aku rajin sangat nak update blog. mana taknya dah hampir sebulan kot aku tak update apa-apa. rindu la jugak so aku pon decide la nak update blog. Hari ni cerita sedih sikit. Bagi aku sedih la. Kalau kau tak suka jangan baca tu je.

Okay , kalau korang nak tahu aku ni jenis yang suka baca noval. Terutama novel melayu la. Setiap kali keluar novel baru je mesti aku akan beli. Walaupon aku takde duit yang banyak tapi aku still sabar sebab aku tahu mama akan bagi sikit duit untuk buat belanja.

Aku suka baca novel-novel ni. Terutama novel cinta. Hahaha aku tak perduli kalau kau nak kata aku ni jiwang ke apa ke its none of your business. Then one day , my mom pon bagi la duit tu. Dekat aku dah ada lebih kurang rm 55 ringgit. pastu my mom bagi rm 100 untuk dua bulan belanja.

Sapa tak happy dapat duit banyak kan ? so aku dah rancang 30 ringgit memang khas untuk aku nak beli novel. Tapi.......mak aku dah kasi warning yang aku tak boleh beli novel lagi. Rasa macam nak menangis sebab aku bukannya buat kerja jenayah pon. Just nak beli novel and baca. Aku kat rumah tak de sangat kawan. Bukan takde kawan. ada tu memang ada tapi aku macam tak berapa nak ngam sangat.

So aku selalu spent my times every evening baca novel. ia akan membuat aku rasa masa aku dipenuhi dengan membaca. Tapi sebab mak aku tak bagi sekarang setiap kali petang tengok cerita korea. Dah la mak aku tak bagi beli novel nak tengok cerita Running Man pon tak boleh. Abah aku selalu kata

"Apa yang best sangat tengok cerita running man tu ? Cabut-cabut nama pon best ke ?" 

then aku pon jawab dengan nada yang selamba ~

"Habis tu syok ke tengok 14 orang kejar satu bola ? "

Abah memang selalu tak puas hati bila tengok aku baca novel and watching Running Man. Aku bukannya buat kerja criminal pon. Ye la aku tahu sebab apa mama and abah buat macam tu. Sebab nak tengok aku ni berjaya. Mana ada ibu bapa yang sanggup tengok anak dia tak tentu arah. Kalau ada pon bongok namanya.

Aku ni pelajar kelas sains tulen. Sebab tu la kot. hmm...
Ye la tahun depan nak SPM kan ? hmm...
Tu je kot yang aku nak story...
InsyaAllah kalau ada rezeki nanti aku post lagi.
bye.

Thanks for reading this post. xoxo. Alifah.

1 comment:

tenku butang said...

done follow sini no. 1345
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang@gmail.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/